Saturday, October 16, 2010

SEE YOU DI IPT





Norman (Nasrizal Ngasri) seorang pelajar nakal sekolah menengah bersama-sama dua orang rakannya iaitu Hafiz (Hafiz UNIC), Bazli (Bazli UNIC) yang gemar mengusik rakan-rakannya di sekolah. Kehadiran Eisya (Bienda) telah menarik perhatiannya. Dalam filem ini watak Norman sering berselisih faham dengan Fitri ( Fitri UNIC). Namun begitu, Norman telah meminta bantuan Fitri untuk mengirimkan sepujuk surat kepada Eisya.
Sementara itu, Fitri mempunyai masalah dengan sekumpulan samseng di sekolah mereka. Satu peristiwa telah berlaku sehingga mengakibatkan kematiannya. Sejak dari itu, Norman sering menyalahkan diri sendiri sehingga pelajarannya terabai. Namun, dengan sokongan guru-guru, rakan-rakan, dan keluarga, semangatnya kembali pulih. Akhirnya filem ini ditutup dengan kejayaan Norman dan rakan-rakannya berjaya menjejakkan kaki ke universiti. Tetapi Eisya yang mendapat dua tawaran dari IPT tempatan dan luar negara menjadi keliru untuk membuat krputusan.


TEKNIK PENCERITAAN.
Kejayaan barisan pelakon menghayati watak masing-masing menjadi tunggak kekuatan filem ini.
filem ini juga berjaya menerapkan t eknik penceritaan yang baik misalnya, dari segi teknik pencahayaan lampu yang terang dan jelas. Gerakan kemera boleh di puji kerana jurukemera amat mahir dalam menentukan keadaan mana yang memerlukan jarak yang dekat dan jauh.

PENGHAKIMAN.
Filem ini sememangnya patut ditonton kerana ia amat sesuai. Ia juga memainkan tentang emosi dan perasaan di mana Norman telah berminat kepada Eisya. Cerita ini juga menyentuh perasaan di saat kematian Fikri. Ia juga mengajar kita sepaya menjadi pelajar yang tabah di saat kehilangan kawan dan fokus kepada pembelajaran.

No comments:

Post a Comment